KEPENTINGAN PENAMPILAN DIRI
Alat komunikasi memberi maklumat tentang diri
kita ”jika pertemuan pertama tidak berkesan, anda mungkin tiada
peluang kedua” dan membentuk perhubungan seterusnya
Membuka jalan kepada kejayaan ”orang akan hormat”.-hanya kerana
keterampilan diri yang berkualiti. Sebagai perwatakan dan personality,
maka kita dapat merasai suka, duka, sedih, gembira, lapar, dahaga, kenyang,
membuat pilihan, merasai perasaan cinta, kecewa,
Pakaian menampilkan imej seseorang
dan keperibadian secara menyeluruh
Meningkatkan kefahaman terhadap
bentuk dan anatomi tubuh seseorang. Oleh itu, mulai saat ini, mulakanlah satu
hubungan cinta dengan diri anda. Berbanggalah dengan paras rupa anda, dengan
rambut anda, dengan bentuk tubuh fizikal anda, terimalah diri anda seadanya.
Berikan perhatian pada diri anda seperti mana anda memberikan perhatian kepada
orang yang anda cintai atau kasihi.
Pandangan orang terhadap diri
kita.-beranggapan kita sebagai seseorang yang prihatin terhadap penampilan diri
Dapat menarik perhatian
masyarakat..contoh ketika menghadiri temuduga di mana penemuduga akan melihat
penampilan diri dahulu sebagai penilaian awal..
Melambang kecekapan seseorang
mengurus diri. Apabila kita telah mula menjalinkan hubungan cinta dengan diri
kita sendiri, satu situasi positif yang selama ini jarang kita rasakan, akan
dapat kita rasai. Anda akan mendapati hidup anda lebih tenang, bersemangat,
berkeyakinan dan kadangkala kita sendiri tidak tahu dari manakah datangnya
semangat baru ini. Ini adalah kerana anda telah menarik banyak tenaga positif
berbentuk kasih sayang kepada diri anda
Secara umumnya,penampilan diri ini
boleh dikatakan amat penting kepada setiap individu,tidak kira secara formal
atau tidak formal. Dalam etika pekaian,pelbagai aspek dapat disentuh,antaranya
cara pemakaian mestilah mengikut etika,ia perlulah sesuai mengikut masa dan
keadaan. Etika pemakaian yang salah dapat menimbulkan masalah kepada individu
itu sendiri,contohnya individu itu akan malu apabila di tegur oleh orang
lain.Senyuman merupakan satu sedekah,itulah ayat yang sinonim dalam masyarakat
zaman sekarang. Peribadi manusia akan terserlah apabila senyuman diukir pada
wajah. Senyuman juga boleh dikatakan sebagai ubat kepada masalah yang dihadapi.
Cara berjalan juga amat penting dalam
penampilan diri individu dan masyarakat. Cara berjalan yang betul menggambarkan
seseorang itu mempunyai prinsip hidup yang mantap. Kekemasan diri akan
terserlah apabila cara berjalan seseorang itu betul mengikut etika. Contohnya,berjalan
dengan normal,tidak menoleh ke belakang.Terdapat banyak kepentingan dalam
penjagaan penampilan diri ini,contohnya ia melambangkan kekemasan seseorang
manusia,membuatkan orang mudah tertarik,mudah bergaul dan lain-lain lagi.
Penampilan diri ini juga dapat membantu seseorang itu untuk berinteraksi dengan
bagus.
Gaya bertudung amat sinonim dengan
wanita-wanita di luar sana,ini dapat dilihat apabila,pelbagai jenis dan cara
pemakaian tudung telah diperkenalkan. Hal ini akan membantu wanita tersebut
merasa lebih yakin untuk keluar bertemu masyarakat. Hal ini juga boleh
menyebabkan seseorang itu mempunyai kepintaran dalam bersosial.
0 comments: