Program Pencegahan Masalah Sosial Remaja
Masyarakat Malaysia hari ini cukup terganggu secara fizikal, mental, emosi dan spiritual dengan pelbagai gejala sosial remaja yang berlaku hampir setiap hari. Kehidupan remaja yang penuh dengan pelbagai permasalahan sosial sangat merunsingkan ibu bapa dan juga pemimpin negara.
Banyak
cara dan kaedah telah digunakan untuk menarik mereka ini ke arah
kebaikan untuk menjadi insan berguna namun mereka tetap memilih jalan
yang salah dan hitam. Kes rogol, ragut, penyalahgunaan dadah,
berpeleseran di pusat-pusat beli belah,seks bebas, lumba motor haram,
Black Metal dan yang seumpamanya yang mana semua ini semakin berleluasa
dari sehari ke sehari.
Mereka
seolah-olah suka membuat sesuatu yang negatif yang mendatangkan
kemudaratan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang
lain.
Hal
ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana remaja merupakan
satu-satunya tonggak negara dalam menerajui kepimpinan negara sesuai
dengan ungkapan “pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara”
Persoalannya,jika
remaja kita musnah akibat kesan keseronokan yang sementara ini,siapakah
yang akan terus memperjuangkan masa depan mereka? Justeru itu, senario
ini mencetuskan kebimbangan kepada semua pihak seperti golongan ibu
bapa,guru,masyarakat, negara dan termasuklah Kementerian Kesihatan
Malaysia.
Oleh
itu sebelum keadaan menjadi semakin teruk, satu pelan menyeluruh
berkaitan perancangan program pencegahan masalah sosial remaja perlu
dirangka oleh pasukan kesihatan termasuk Pegawai Kerja Sosial Perubatan
bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dapat dilaksanakan dengan
lancar.
0 comments: